Quantcast
Channel: • Diary-Daie'yah •
Viewing all articles
Browse latest Browse all 40

DIDIKAN MASA LALU

$
0
0
18.03.2013

Assalamualaikum wbt.

Aku yang bernama hamba, ada ketikanya aku begitu membenci, benci pada masa lalu yang begitu pahit untuk ditelan untuk diterima. Aku butakan mata untuk tidak melihat lagi masa hitam itu, aku didik hati dalam membina kekuatan agar aku tidak lagi undur, tidak lagi patah balik ke masa yang kelam itu.

Sehingga suatu saat, aku harus sedar kerana masa silam, kerana masa hitam, kerana masa kelam itulah aku berada diposisi, di koordinat aku berada sekarang. Betapa Allah itu Maha Adil, Maha Penyayang, Maha Mengatahui.

Masa silam yang banyak beri aku seribu satu pengajaran, beri aku didikan. Tidak berharap pada sesuatu yang tidak pasti menjadi kebiasaanku dimasa lalu, Alhamdulillah sehingga kini ia sebati dalam diri. Aku letak segala pengharapan pada perancangan Allah.

Allah, berilah aku kekuatan dalam mendidik hati, beri aku ketabahan hati, jagakan hati ini ya Rabb.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 40

Latest Images

Trending Articles